Rabat: Auckland City mengelak badi tersingkir awal pada Piala Kelab Dunia apabila mengalahkan pasukan tuan rumah Moghreb Tetouan menerusi penentuan penalti selepas seri tanpa jaringan, awal pagi semalam.

Kelab dari New Zealand yang layak sebagai juara Oceania dan melakar rekod enam penampilan pada kejohanan itu, mara ke suku akhir buat kali kedua sekali gus melenyapkan minat penyokong tempatan.

Tetouan layak sebagai juara Maghribi dan berusaha mengikut jejak Raja Casablanca yang mara ke final tahun lalu sebelum kecundang kepada Bayern Munich.

Kedua-dua pasukan terlepas satu sepakan ketika penentuan penalti sebelum percubaan terakhir Mehdi Khallati terkena tiang bagi memberikan Auckland kemenangan 4-3.

Auckland City akan bertemu juara Afrika, ES Setif dari Algeria pada suku akhir Sabtu ini.

Juara Eropah, Real Madrid dan juara Amerika Selatan, San Lorenzo hanya akan beraksi pada separuh akhir. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 7:09 AM