ANTARA individu yang ditahan polis. FOTO ihsan polis
ANTARA individu yang ditahan polis. FOTO ihsan polis
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Lebih RM800,000 wang ditunai dirampas Polis Johor selain seramai 5,096 individu rakyat tempatan berusia 18 hingga 65 tahun ditangkap dalam Ops Dadu yang dilancarkan bermula awal tahun ini hingga 25 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam ops itu 2,342 serbuan dilakukan terhadap pusat judi online, pusat hiburan keluarga termasuk yang menyalahgunakan lesen selain nombor ekor tanpa lesen mengikut Akta Rumah Judi 1953.

"Berdasarkan Laporan Ops Dadu yang dilaksanakan sebanyak 2,342 serbuan dilakukan termasuk 812 judi online, 332 pusat hiburan keluarga, 938 empat nombor ekor tanpa lesen, 36 bookie bola, 81 bookie kuda dan 82 lain lain judi.

"Jumlah tangkapan ialah 5096 individu iaitu 2,507 terbabit dalam judi online, 860 pusat hiburan keluarga, 938 empat nombor ekor, 37 bookie bola, 106 bookie kuda dan 648 lain lain judi.

"Jumlah rampasan wang tunai iaitu RM185,650 judi online, RM69,234 pusat hiburan keluarga, RM59,773 empat nombor ekor, RM60,361 bookie bola, RM46,770 bookie kuda dan RM405,645 lain lain judi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 11:40 AM