FENOMENA berkongsi gambar atau video di laman sosial.
FENOMENA berkongsi gambar atau video di laman sosial.
Redzuan Muharam


Tidak dinafikan, kewujudan laman sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube memberi manfaat kepada pengguna termasuk Gen Y yang gemar berkongsi gambar atau video mengenai aktiviti harian mereka untuk tatapan rakan terdekat atau BFF.

Namun, jika tersilap langkah, gambar atau video dikongsikan akan menjadi viral dan siap sedialah menerima kecaman daripada netizen.

Bukan seorang dua malah ramai yang sudah menjadi mangsa dan antara sasaran mudah adalah selebriti serta keluarga terdekat mereka.

Tiga tahun lalu, Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kasim, 23, pernah mencetuskan fenomena selepas aksi parodinya menerusi lagu Sayang nyanyian asal penyanyi kelahiran Indonesia , Shae mendapat tontonan lebih sejuta pelayar YouTube ketika itu.

Meskipun menerima kritikan ramai, bakat unik Bobo itu mendapat perhatian apabila menerima tawaran menyertai syarikat produksi terkenal, MIG.

Terbaru, anak seorang pelakon tempatan pula menjadi trending gara-gara video tariannya yang viral dan berikutan itu, gadis berkenaan menerima kecaman hebat daripada netizen.

Persoalannya, sejauh manakah kesedaran Gen Y mengenai baik buruknya memuat naik video peribadi mereka di media sosial? Ikuti pandangan Gen Y berhubung isu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 6:17 AM