SEORANG wanita dan budak lelaki memakai lilit kepala dengan nama Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika mengambil bahagian dalam perhimpunan menolak cubaan rampasan kuasa di Dataran Taksim, Istanbul, semalam. - AP

Istanbul: Tentera Turki semalam berkata, 8,651 askarnya mengambil bahagian dalam cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan 15 Julai lalu, kira-kira 1.5 peratus daripada keseluruhan anggota tentera negara itu.

Dalam kenyataaan yang disiarkan stesen televisyen NTV, tentera mendakwa, kumpulan askar itu menganggotai rangkaian pengganas yang diketuai Fethullah Gulen, tokoh agama yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat dan mengetuai sebuah kumpulan agama sejak puluhan tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, 24 jet penggempur dan 37 helikopter digunakan dalam cubaan rampasan kuasa yang menyebabkan 246 orang terbunuh dan lebih 2,000 cedera.

Sebanyak 37 kereta kebal dan 246 kenderaan berperisai juga digunakan dalam cubaan mengguling- kan kerajaan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 10:13 AM