RUMAH yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
RUMAH yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Mohamad Zulhairie Manzaidi\


Pasir Mas : Sebuah rumah di Kampung Machang Gochoh, Jalan Meranti Pasir Mas, musnah 100 peratus dalam kebakaran 3.50 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas, Nazri AWahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada 3.58 pagi dan tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian.

Katanya, seorang pegawai bersama 10 anggota bomba dari BBP Pasir Mas dan BBP Rantau Panjang, dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati api sedang marak , namun kita berjaya mengawal api dan menyelamatkan rumah jirannya.

“Api dikawal pada 4.32 pagi dan dapat dipadamkan sepenuhnya dua jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan serta tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 10:33 AM