STATUS pilihan pertama cerah peluang Chong Wei raih emas di Rio.
STATUS pilihan pertama cerah peluang Chong Wei raih emas di Rio.
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) mendapat suntikan semangat apabila dinamakan pilihan pertama di Olimpik Rio bulan depan.

Senarai pemain pilihan dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin turut meletakkan dua musuh ketatnya Chen Long dan Lin Dan dari China, masing-masing sebagai pilihan kedua dan ketiga disusuli dua pemain Denmark Viktor Axelsen (keempat) dan Jan Jorgensen (kelima).

Situasi ini bakal menyaksikan Chong Wei yang menjadi harapan utama negara memenangi pingat emas hanya berdepan cabaran lebih sukar bermula dari peringkat suku akhir.

“Saya percaya ini saat dan ketika terbaik untuk dia memenangi emas diharapkan. Dulu dia mungkin berdepan masalah apabila bertemu Lin Dan dan Chen Long, namun sebaliknya berlaku sejak kebelakangan ini.

“Dia mampu menewaskan kedua-dua pemain China ini. Tapi, pada masa sama, saya turut khuatir dengan kehadiran Axelsen dan Jorgensen, namun Chong Wei sedar inilah masanya,” kata Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2016 @ 9:28 AM