Penumpang yang mabuk dibawa turun dari pesawat untuk ditahan. - Foto 9News
Penumpang yang mabuk dibawa turun dari pesawat untuk ditahan. - Foto 9News
AP

Sydney: :Penerbangan pesawat Jetstar dari Sydney ke Thailand terpaksa dilencongkan ke Indonesia malam tadi, bagi menurunkan sekumpulan penumpang Australia mabuk yang bertumbuk sesama mereka dalam pesawat.

Pesawat syarikat tambang murah itu membawa 314 penumpang dilencongkan ke Bali selepas enam penumpang itu yang mahu ke Phuket, Thailand, mula bergaduh sesama mereka dan enggan mematuhi arahan anak kapal.

Menurut kenyataan Jetstar hari ini, enam penumpang itu diturunkan di Bali dan ditahan pasukan keselamatan lapangan terbang Indonesia sebelum mereka dihantar pulang ke Australia.

Televisyen Nine menyiarkan rakaman seorang penumpang itu yang lebam mata diiring anggota keselamatan keluar dari pesawat dan seorang lagi berdarah hidung.

Pegawai di lapangan terbang Bali, Yusfandri Gona, berkata penumpang terbabit minum bir dan arak terlalu banyak ketika dalam pesawat hingga mabuk sebelum mula bertumbuk dan menjerit antara satu sama lain.

Penerbangan ke Phuket itu mengambil masa sembilan jam 20 minit dan pesawat berkenaan meneruskan penerbangan selepas menurunkan penumpang terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 6:11 PM