MOHD Nadzri (tiga dari kiri) bersama pegawai dan anggota Polis Trafik KL memenuhi impian Muhammad Farish yang ingin menaiki motosikal polis trafik, semalam.
MOHD Nadzri (tiga dari kiri) bersama pegawai dan anggota Polis Trafik KL memenuhi impian Muhammad Farish yang ingin menaiki motosikal polis trafik, semalam.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Hasrat seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia, Muhammad Farish Abu Bakar menaiki motosikal berkuasa tinggi dan kereta peronda pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercapai semalam.

Ia hasil khidmat komuniti sepasukan Polis Trafik Kuala Lumpur yang tampil mengejut di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam program Kepolisan Masyarakat (Community Policing), semalam.

Muhammad Farish, 9, dibawa menunggang motosikal berkenaan bersama seorang anggota polis trafik sebelum dibawa menaiki menaiki kereta peronda Mitsubhisi Lancer bersama ibunya, Norlela Md Sahad dan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain kira-kira jam 11 pagi.

Menurut ibu Muhammad Farish, Norlela, 38, anak bongsunya itu menyatakan hasrat untuk menaiki kedua-dua kenderaan berkenaan ketika menjalani rawatan kimoterapi di Wad Kanser Kanak-kanak (KK) HKL selepas ditempatkan sebilik bersama seorang anak anggota polis yang menghidap penyakit sama.

"Ketika itu, anggota berkenaan datang melawat anaknya yang ditempatkan di wad yang sama dengan Farish dengan memakai pakaian seragam anggota polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:12 AM