GAMBAR menunjukkan sukarelawan kampung memegang ular sawa yang ditangkap dari rumah wanita terbabit. - Agensi
GAMBAR menunjukkan sukarelawan kampung memegang ular sawa yang ditangkap dari rumah wanita terbabit. - Agensi
Agensi

Bangkok: Seorang wanita cedera ringan selepas digigit seekor ular sawa sepanjang 4.3 meter dan berat lebih 20 kilogram apabila reptilia itu muncul dari lubang tandas ketika wanita berkenaan mencangkung di atasnya.

Nareerat Sri-nhampong, 38, serta-merta melompat dari tandas berkenaan sebaik melihat ular berkenaan.

Sukarelawan bantuan tempatan di Chonburi, Thailand bergegas ke rumah Nareerat sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu.

Mereka terpaksa memecahkan bilik mandi wanita itu dalam usaha menangkap ular terbabit.

Sukarelawan berkenaan mengambil masa lebih sejam, termasuk menggunakan tukul untuk memecahkan lantai sebelum menemui reptilia terbabit yang berlingkar dalam lubang di bawah lantai itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2016 @ 8:27 AM