ANGGOTA polis trafik menjalani sekatan dalam Ops Selamat di Lebuhraya Pantai Timur dekat Jabor, Kemaman. FOTO Shamsudin Husin
ANGGOTA polis trafik menjalani sekatan dalam Ops Selamat di Lebuhraya Pantai Timur dekat Jabor, Kemaman. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin


Chukai: Sebanyak 50,000 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di lebuh raya sepanjang Op Selamat 9 yang bermula 29 Jun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, kesalahan memandu melebihi had laju dikesan paling banyak dilakukan pemandu kenderaan.

Menurutnya, walaupun pelbagai amaran dan peringatan dibuat tetapi pengguna masih tidak mematuhi peraturan ditetapkan itu.

“Bagaimanapun, sepanjang Op Selamat 9 didapati kesalahan menggunakan lorong kecemasan di semua laluan menurun berbanding sebelum ini," katanya selepas mengadakan Operasi Had Laju di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Kilometer 255.2 Perasing Jaya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 6:01 PM