KENDERAAN mula bergerak ke destinasi masing-masing di Plaza Tol Kuala Terengganu, Kampung Gemuruh, semalam. FOTO Aswadi Alias
KENDERAAN mula bergerak ke destinasi masing-masing di Plaza Tol Kuala Terengganu, Kampung Gemuruh, semalam. FOTO Aswadi Alias
Isma Ismail


Kuala Terengganu: Tujuh lokasi di Terengganu dijangka mengalami kesesakan lalu lintas berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota pada hari ini.

Pegawai Turus Trafik Terengganu, Asisten Superintendan Ismail Man berkata, antara lokasi itu adalah Jambatan Sultan Mahmud, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, Jalan Buluh Gading-Bulatan Batu Enam, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kuantan, bandar Jertih, jambatan di Besut dan Chalok, Setiu.

"Berikutan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu menggerakkan anggota untuk mengadakan Ops Lancar bertujuan mengawal dan mengurangkan kesesakan yang berlaku.

"Untuk itu, pemandu dari arah Kelantan yang mahu ke LPT2 supaya dapat menggunakan laluan Kuala Besut-Penarik-Batu Rakit-Maras-Tepoh-LPT2.

"Selain itu, pengguna boleh gunakan laluan Kuala Besut-Kampung Raja-Penarik-Telaga Papan-Bukit Putera-Chalok-Sungai Tong-LPT2," katanya.

Menurutnya, polis jyga menasihatkan pengguna supaya dapat gunakan laluan menerusi simpang tiga Sungai Tong/Tasik Kenyir-Kuala Berang-Ajil-LPT2.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 4:53 PM