Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dalam proses untuk mengeluarkan jari seorang remaja yang tersekat dalam pelita di Bentong, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dalam proses untuk mengeluarkan jari seorang remaja yang tersekat dalam pelita di Bentong, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Syah Rul Aswari Abdullah


Bentong: Remaja lelaki berusia 17 tahun menanggung kesakitan hampir setengah jam selepas satu daripada jari di tangan kanannya tersangkut pada pelita di Kampung Sum-Sum, Janda Baik, dekat sini, malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bentong berkata, ketika kejadian, remaja itu memasang pelita di kampungnya untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Katanya, beberapa sumbu termasuk ke dalam pelita menyebabkan dia terpaksa mengorek menggunakan jari untuk mengeluarkannnya semula.

"Ketika mengeluarkan sumbu keempat, jari mangsa tersekat dalam pelita dan ia tidak dapat dikeluarkan kerana jarinya itu sudah bengkak.

"Mangsa kemudian dibawa bapa saudaranya ke Balai Bomba dan Penyelamat Bentong kira-kira jam 9.30 malam dan kita berjaya mengeluarkan jari yang tersangkut itu menggunakan pemotong kecil.

"Mangsa kemudian diberikan rawatan pada luka di jarinya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2016 @ 11:05 AM