HP Omen
HP Omen

Bagi memastikan kaki game mendapat peranti terbaik untuk beraksi, HP memperkenalkan Omen yang dipadankan dengan grafik yang berkualiti tinggi Nvidia GeForce GTX 860M selain menggunakan CPU Intel Core i7-4710HQ quad core.

Salah satu ciri utama bagi laptop ini termasuk papan kekunci yang selesa untuk penggunaan jangka masa panjang dan responsif dengan enam kekunci yang boleh diprogramkan bagi memastikan aksi yang pantas diperoleh.

Selain itu, bagi melengkapi paparan HD pada kebanyakan permainan terbaru, HP menawarkan Omen dengan skrin 15.6 inci beresolusi 1080p yang mempunyai skrin sentuh. Manakala 72 peratus gamut warna menghasilkan warna yang mewah dan hidup pada setiap game seperti yang sepatutnya.

INFO

HP OMEN

Harga: RM6,999

CPU: Intel Core i7-7410 2.5GHz

Grafik: Nvidia GeForce GTX 8600, 4GB GDDR5

Memori: 16GB DDR3

Setoran: SSD 512GB.

Skrin: 15.6 inci

Sambungan: 4 x port USB3.0, Mini Display, HDMI ver 1.4b dan fon/mikrofon

Berat: 2.12kg

Ketebalan: 19.9mm

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 5:04 AM