LENGKAP jalur bendera Itali.
LENGKAP jalur bendera Itali.
AERODINAMIK dengan rekaan menawan.
AERODINAMIK dengan rekaan menawan.
Erywan Norshal


Hanya satu unit itulah keunikan Ferrari 458 MM Speciale yang dihasilkan oleh Pusat Pengayaan Ferrari sebelum diserahkan kepada pemiliknya iaitu seorang warga Britain.

Program ‘One-Off’ bagi menghasilkan kenderaan itu dilakukan dengan menggunakan kerangka dan kotak gear daripada model Ferrari 458 Speciale.

Bagaimanapun, penampilannya dibina khas atas permintaan pemiliknya yang mahu tampak sporty dengan seolah-olah seperti imej rumah kaca, cat hitam pada tiang-A bagi kelihatan seakan-akan model Ferrari GTO keluaran 1984.

Pada masa sama, reka bentuk itu dapat mengurangkan kesan garisan bumbung sekali gus menawarkan aerodinamik lebih baik.

Jentera yang disiapkan di Bianco, Itali dilengkapi dengan jalur bendera negara berkenaan, selain dibuat dengan tangan menggunakan material aluminium dan juga dilengkapi bampar gentian karbon pada bahagian belakang serta hadapan.

Ferrari 458 MM Speciale mempunyai lubang angin baharu untuk menjadi elemen yang paling menonjol dalam pakej aerodinamiknya. Pengubahsuaian secara radikal juga dilakukan, selain laluan udara dibina untuk penyejukan tambahan enjin pada bahagian belakang.

Pada bahagian belakang, binaan spoiler memberi tekanan ke bawah bagi mengimbangkan kenderan serta melengkapkan gaya lebih sporty.

Rimnya pula ditempah secara khas bagi memberi impak keunikan jentera berkenaan manakala ruang dalamannya dipertingkatkan dengan padanan sistem audio serta kemasan mengikut kehendak peminatnya, malah menerima sentuhan kulit Cioccolato bagi memberi gaya berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 5:04 AM