KEADAAN bahagian stor kawalan yang runtuh.
KEADAAN bahagian stor kawalan yang runtuh.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Dua anggota polis maut selepas pondok kawalan stor simpanan barang kes di Jalan Belfield, Kampung Attap di sini dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, dan Konstabel Sharil Hisham Hashamdi, 25, yang bertugas di Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah yang ditemui di lokasi kejadian berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang bertugas menjaga pos kawalan stor itu yang menyimpan barang kes disiasat IPKKL.

Menurutnya, Sharil Hisham disahkan maut di lokasi kejadian manakala Dzulkhairi yang berasal dari Sabah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Pondok kawalan itu adalah kontena yang diubah suai yang terletak berhampiran beberapa pokok besar. Akibat cuaca hujan lebat dan angin kencang sebatang pokok tumbang dan menghempap kontena berkenaan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:14 AM