PILIHAN rona cat unik yang memberi sentuhan menenangkan untuk kediaman anda.
PILIHAN rona cat unik yang memberi sentuhan menenangkan untuk kediaman anda.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Jangan menidakkan fungsi warna kerana ia sebenarnya dapat memberi sentuhan tersendiri kepada sesuatu ruang di kediaman.

Pemilihan warna yang sesuai untuk setiap ruang adalah penting kerana ia dapat membantu menentukan keceriaan dan keharmonian seisi keluarga.

Sempena permulaan tahun baharu 2024, AkzoNobel (Dulux) tampil dengan pilihan rona cat menarik, Sweet Embrace yang memberi sentuhan menenangkan untuk kediaman anda.

Tiga palet warna

diperkenalkan iaitu rona hangat, rona menenangkan dan rona yang menaikkan semangat, hasil inspirasi daripada awan senja serta bulu lembut.

Ia sesuai untuk mencipta ruang yang tenang dan mesra seperti diidamkan pencinta dekorasi secara tidak langsung turut mencerminkan keunikan jati diri.

PEMILIHAN warna yang sesuai untuk setiap ruang adalah penting.
PEMILIHAN warna yang sesuai untuk setiap ruang adalah penting.

Ini kerana di sebalik kesibukan dan kemodenan kehidupan hari ini, masyarakat sebenarnya ingin mencari satu ruang menenangkan untuk mereka berehat.

Kombinasi tiga palet warna itu juga dikenal pasti pakar sebagai trend untuk tahun ini.

Pengarah Kreatif Pusat Estetika Global AkzoNobel, Heleen van Gent berkata, masyarakat sedang menghadapi perubahan dari pelbagai segi.

Justeru, semua sedang berusaha untuk menyesuaikan diri. Katanya, bermula di rumah, munculnya keinginan untuk mewujudkan satu ruang yang 'istimewa' bagi merapatkan lagi hubungan bersama insan tersayang dan mengukir memori indah.

"Warna Sweet Embrace untuk tahun 2024 hadir bersama tiga palet warna komplementari yang dirumus untuk merealisasikan keinginan berkenaan.

"Ia memberi peluang untuk masyarakat 'memperibadikan' ruang kediaman sejajar dengan arus kehidupan semasa.

"Pada masa sama, rona berkenaan juga dapat membantu mengisi ruang kediaman dengan suasana yang lebih harmoni, stabil dan bahagia," katanya.

Dalam pada itu, jika digandingkan dengan rona batu, tanah atau tanah liat, tema warna berkenaan juga membantu penghuninya mengimbau kediaman kesayangannya, iaitu ruang yang membuatkannya selesa dan selamat.

Rona alam semula jadi seperti hijau, biru lembut, ungu atau kuning juga tidak kurang menariknya untuk menghiasi kediaman.

RONA alam semula jadi seperti hijau, biru lembut, ungu atau kuning juga tidak kurang menariknya untuk menghiasi kediaman.
RONA alam semula jadi seperti hijau, biru lembut, ungu atau kuning juga tidak kurang menariknya untuk menghiasi kediaman.

Sementara itu, Pengarah Komersial Malaysia dan Thailand AkzoNobel Decorative Paints, Wasantha Heenatigala berkata, 'colour of the year' lazimnya akan mencetus pelbagai usaha sama jangka panjang dalam projek rekaan perniagaan mereka.

"Kami menggandingkan cerapan trend pengguna dengan kajian warna dan material kami yang ekstensif.

"Ia berserta analisa pasaran dalam koleksi trend ColourFutures untuk membawakan solusi khusus mengikut pasaran buat pelanggan dan berganding bahu dengan mereka bagi memastikan projek disempurnakan dengan kemasan yang tepat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 6:16 AM