P Kamalanathan (tengah) beramah mesra dengan pelajar perempuan SMK Likas yang hadir pada Program Iftar Jamaie dan Majlis Kesyukuran Hari Guru Peringkat Kebangsaan. FOTO Edmund Samunting
P Kamalanathan (tengah) beramah mesra dengan pelajar perempuan SMK Likas yang hadir pada Program Iftar Jamaie dan Majlis Kesyukuran Hari Guru Peringkat Kebangsaan. FOTO Edmund Samunting
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan menetapkan setiap sekolah yang baru dibina di seluruh negara perlu memenuhi keperluan golongan orang kurang upaya (OKU).

Timbalan Menterinya, Datuk P Kalamanathan berkata, syarat itu selari dengan usaha kerajaan dalam memastikan semua sekolah di negeri ini mesra OKU dari segi kemudahan belajar.

"Kementerian mahu memastikan setiap pelajar OKU belajar di sekolah harian biasa dan bukannya di sekolah khas.

"Justeru, dengan adanya kemudahan atau fasiliti sekolah yang mesra OKU, sudah tentu ia membantu memudahkan pelajar istimewa berkenaan menjalani suasana pembelajaran seperti rakan sebaya yang lain," katanya ketika menghadiri Program Iftar Jamaie dan Majlis Kesyukuran Hari Guru Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Tambahnya, bagi sekolah sedia ada, pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada jabatan pendidikan di negeri masing-masing untuk menaik taraf kemudahan agar mesra OKU.

"Kementerian akan meneliti setiap permohonan dan ia bergantung kepada peruntukan kewangan yang ada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 9:06 PM