LELAKI OKU dan pelajar pusat tahfiz antara individu yang diperiksa dalam operasi di bazar Ramadan.
LELAKI OKU dan pelajar pusat tahfiz antara individu yang diperiksa dalam operasi di bazar Ramadan.
Amrullah Abdul Karim

Bukit Beruntung: Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) rebah akibat serangan sawan kerana terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa ketika leka mengemis bersama cucunya di bazar Ramadan di sini, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku pada Operasi Bersepadu Menyelamat Pengemis dan Orang Papa. Bantuan kecemasan diberikan kepada lelaki terbabit yang berusia 60-an sebelum dia dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor Abdul Razak Aziz berkata, warga emas terbabit penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun hanya mengaku selepas diperiksa.

“Pada mulanya dia tidak memberi kerjasama, tetapi selepas diperiksa, dia penerima bantuan JKM. Dia dibawa ke hospital dan cucunya kami hantar pulang ke rumahnya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 5:24 AM