FOTO Rosli Ilham
FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Lelaki berusia 28 tahun ditahan polis bersama 470 biji pil methamphetamine di Kampung Cacar, Paka, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, suspek ditahan di kawasan tepi pantai kampung itu kira-kira 9 pagi.

Menurutnya, sepasukan enam anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Dungun diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail menahan suspek yang ketika itu sedang menunggu pelanggannya.

"Hasil pemeriksaan ke dalam poket seluar yang dipakainya, polis menemui satu uncang berwarna hitam mengandungi 470 biji pil merah dipercayai dadah dianggarkan bernilai RM7,050," katanya.

Ahmad Zailani berkata, suspek yang mempunyai enam rekod jenayah dadah sebelum ini dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 12:11 PM