MANGSA parah di badan. FOTO ihsan pembaca
MANGSA parah di badan. FOTO ihsan pembaca
Nadzreen Shah Mat Salim


Gombak : Lelaki parah ditembak individu tidak dikenali di Jalan Sri di Taman Samudera, Batu Caves kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan mangsa sudah dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

"Kejadian berlaku berdekatan stesen minyak dan mangsa parah di bahagian badannya.

"Kami masih menjalankan siasatan berhubung kes ini," katanya.

Sementara itu,tinjauan wartawan di Hospital Selayang mendapati ahli keluarga mangsa sudah memenuhi ruang hadapan Bahagian Kecemasan manakala mangsa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 3:28 PM