BOMBA membawa keluar mangsa. FOTO ihsan Bomba
BOMBA membawa keluar mangsa. FOTO ihsan Bomba
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Wanita maut selepas Perodua Kancil dipandunya terbabit kemalangan dengan Proton Persona di Kilometer 41, Jalan Teluk Intan-Sitiawan, dekat Sitiawan, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.50 pagi itu, mangsa, Norhezleyney Mohd Zakaria, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di badan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Sitiawan ke Teluk Intan dipercayai memasuki arah bertentang selepas cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan Proton Persona dinaiki dua lelaki.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut manakala dua lelaki berkenaan cedera dan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 12:10 PM