PROTON Persona dinaiki dua warga emas yang maut dalam nahas di Taman Nesa Sitiawan. FOTO Ihsan Bomba
PROTON Persona dinaiki dua warga emas yang maut dalam nahas di Taman Nesa Sitiawan. FOTO Ihsan Bomba
Muhamad Lokman Khairi


Manjung: Dua warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan bas ekspres dan sebuah lagi kereta di Taman Nesa Sitiawan, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Yeong Teo Kong, 79, dan Yong Mooi Mooi, 68, maut akibat tersepit di dalam Proton Persona yang dinaiki mereka.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.15 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kemalangan didapati membabitkan bas ekspres dinaiki 12 penumpang, Proton Persona dan Proton Saga.

"Dua warga meas menaiki Proton Persona disahkan maut di lokasi kejadian.

"Pemandu Proton Saga serta pemandu bas ekspres dan kesemua 12 penumpang bas berkenaan tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan 7.33 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 10:48 AM