SUSPEK yang dikehendaki. FOTO ihsan Polis
SUSPEK yang dikehendaki. FOTO ihsan Polis
Norasikin Daineh


Tawau: Seorang banduan sedang diburu polis selepas melarikan diri dari Mahkamah Tawau, petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian 5.40 petang itu, suspek Faizal Iman, 36, melarikan diri ketika dibawa masuk ke dalam lori di kawasan mahkamah untuk dihantar ke penjara Tawau.

Berikutan kejadian itu, gerakan mengesan suspek segera dilakukan di sekitar bandar selain mendapatkan bantuan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk memburu suspek.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, Ops Tutup dilancarkan bagi mengesan suspek selain membuat hebahan dan mengedarkan gambar lelaki berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi polis di talian 089-772121," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika melarikan diri suspek memakai baju dan seluar berwarna gelap.

Suspek berketinggian 157 sentimeter, berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan gempal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 9:32 AM