Ronaldo dan Pepe (kanan) disifatkan Lagerback sebagai pelakon hebat di padang bola. FOTO GUARDIAN
Ronaldo dan Pepe (kanan) disifatkan Lagerback sebagai pelakon hebat di padang bola. FOTO GUARDIAN
Reuters

St Etienne: Penyerang Portugal Cristiano Ronaldo dan pemain pertahanan Pepe mampu mendapat watak di Hollywood kerana ‘pandai berlakon’, menurut jurulatih Iceland Lars Lagerback.

Kenyataan dibuat menjelang perlawanan Kumpulan F Euro 2016 di St Etienne pada awal pagi Rabu ini.

Iceland akan beraksi pada perlawanan pertama peringkat antarabangsa menentang Portugal dan Lagerback meminta penilaian video terhadap pemain cuba mengelirukan pengadil dengan menamakan Ronaldo dan Pepe sebagai pesalah bersiri.

"Portugal memiliki salah seorang pemain terbaik menerusi Ronaldo tetapi dia juga seorang aktor hebat," kata pengurus berusia 67 tahun itu memberitahu wartawan di Perancis.

"Pada final Liga Juara Juara baru baru ini ketika Real Madrid menentang Atletico, kami melihat satu lagi prestasi menarik yang membolehkan mereka mendapat watak di Hollywood.

Austria dan Hungary turut berada dalam kumpulan sama bersama Iceland dan Portugal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 3:44 PM