PENOLONG jurulatih Hassan Sazali Waras (tengah) bersama pemain Harimau Malaysia menaiki bas menuju ke KLIA untuk memulakan siri jelajah Oceania, kelmarin. Gambar kecil, Aidil Zafuan.
PENOLONG jurulatih Hassan Sazali Waras (tengah) bersama pemain Harimau Malaysia menaiki bas menuju ke KLIA untuk memulakan siri jelajah Oceania, kelmarin. Gambar kecil, Aidil Zafuan.
Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Kapten Harimau Malaysia Aidil Zafuan Abd Radzak menjangkakan mereka berdepan cabaran lebih sukar dalam aksi persahabatan antarabangsa bagi Jelajah Oceania selepas berjaya mengharungi aksi play-off Kelayakan Piala Asia 2019 awal bulan ini.

Menurut tonggak pertahanan tengah itu, kejayaan menumpaskan Timor Leste dalam aksi timbal balik play-off dengan agregat 6-0 di Larkin menyuntik kembali keyakinan barisan pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee namun pertemuan dengan tiga pasukan dari Papua New Guinea (17 Jun), New Caledonia (22 Jun) dan Fiji (26 Jun) tampak lebih sukar.

“Saya harap tiga perlawanan dalam Jelajah Oceania ini akan memberi manfaat kepada pasukan dalam mencari rentak dan keyakinan semula. Tiga perlawanan ini bukan perlawanan biasa, ia perlawanan kelas A yang penting untuk membaiki ranking negara.

“Pada pendapat saya tiga pasukan ini mungkin lawan lebih sukar berbanding Timor Leste jadi saya harap apabila kami pulang nanti, akan ada peningkatan dalam pasukan,” katanya kepada Arena Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 8:32 AM