KEADAAN kereta dinaiki Mohamad Johari yang terbabit kemalangan.
KEADAAN kereta dinaiki Mohamad Johari yang terbabit kemalangan.
Nur Syazwana Mansor


Sungai Petani: “Kami sekeluarga sempat bersahur bersama pagi tadi (semalam) dan langsung tidak menyangka ia sahur terakhir bersama ayah sebelum dikejutkan dengan berita kemalangan menimpanya dan dua lagi rakannya.”

Begitu kata Nur Shahira Izwani, 21, anak kepada Mohamad Johari Zainal, 49, yang maut dalam kemalangan manakala dua rakannya cedera termasuk seorang parah selepas kereta Mercedes Benz dinaiki merempuh sebatang pokok akibat hilang kawalan dalam kemalangan di Jalan Kilang Modenas, Gurun, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, Mohamad Johari meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu Zamri Kamis, 46, dan penumpang hadapan Zainal Hashim, 46, mengalami cedera parah lalu dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk rawatan.

Nur Shahira yang juga anak sulung daripada enam beradik, berkata mereka menikmati sahur bersama kira-kira jam 4 pagi, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Menurutnya, bapanya sempat bertanya mengenai pengajiannya di sebuah kolej di Sungai Petani dan ia menjadi perbualan terakhir mereka sebelum arwah dilihat keluar bersama dua rakannya menaiki sebuah kereta kira-kira jam 9 pagi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:20 AM