SATU daripada kenderaan yang rosak. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
SATU daripada kenderaan yang rosak. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan kenderaan yang dihempap pokok. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan kenderaan yang dihempap pokok. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
KEDAI yang musnah dihempap pokok tumbang. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
KEDAI yang musnah dihempap pokok tumbang. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Pangkor: Dua kedai ranap dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Teluk Nipah di sini, pagi tadi.

Kejadian 8.30 pagi itu, memusnahkan kedai makan dan kedai pakaian selain turut merosakkan dua kenderaan dan pokok berkenaan dipercayai tumbang akibat akarnya yang sudah reput.

Saksi kejadian, Md Nor Nayan, 63, berkata, dia sedang mengoreng pisang di gerainya sebelum melihat pokok sebesar hampir tiga pemeluk dewasa itu sudah condong ke arah gerai di depan premisnya.

"Saya melihat pokok itu tumbang perlahan-lahan dan menghempap gerai berkenaan dan segera meminta anak menghubungi bomba.

"Akar pokok sudah reput dan mungkin itu menyebabkan ia tumbang kerana keadaan cuaca ketika kejadian tidak hujan dan tiada angin kencang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Md Nor berkata, keretanya yang diletakkan di hadapan gerai berkenaan turut rosak akibat dihempap pokok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 12:28 PM