JENTERA penggelek jalan yang menghempap mangsa. FOTO ihsan Bomba
JENTERA penggelek jalan yang menghempap mangsa. FOTO ihsan Bomba
Azahar Hashim


Kulim: Pemandu jentera penggelek jalan maut selepas jentera seberat tiga tan itu terjatuh ke dalam gaung sebelum menghempapnya di Kampung Padang Patong Karangan, petang tadi.

Dalam kejadian 2.50 petang itu, mangsa Abdul Wahab Hamid, 58, yang sedang menurap jalan di kawasan terbabit hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung itu menyebabkan jentera penggelek jalan menghempapnya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.53 petang dan tiba di tempat kejadian 3.40 petang.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menggunakan jentolak untuk mengangkat jentera berat sebelum membawa keluar mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat diserahkan kepada polis,”€ katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 7:07 PM