SEORANG pelajar mengulang kaji di kubikel yang dulunya kamar mandi.
SEORANG pelajar mengulang kaji di kubikel yang dulunya kamar mandi.

Sebuah universiti mengambil langkah mengatasi masalah kesesakan di perpustakaan dengan mengubah suai kamar mandi yang tidak digunakan menjadi bilik untuk mengulang kaji.

Langkah itu diambil pihak berkuasa Universiti Taizhou di timur China bagi mengatasi perebutan untuk mendapatkan tempat dalam kalangan pelajar ketika peperiksaan semakin hampir.

Lebih memeranjatkan, lokasi baru untuk mengulang kaji itu bukan sahaja mendapat sambutan hangat daripada pelajar, tetapi semuanya sudah ditempah sehingga musim kuliah tahun depan.

Seorang pensyarah, Shan Renwei berkata, sebahagian pelajar berpendapat bilik mengulang kaji itu menyediakan suasana lebih baik untuk mereka mentelaah sebelum menghadapi peperiksaan.

Universiti berkenaan menghabiskan kira-kira 20,000 yuan (RM12,600) untuk mengubai suai kamar mandi itu dan melengkapkannya dengan meja, kerusi dan suis pada setiap kubikel. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 9:56 AM