LONG (dua dari kanan) meraikan jaringannya.
LONG (dua dari kanan) meraikan jaringannya.

Dublin: Ireland mengekalkan momentum mereka sebelum ke Euro 2016 menerusi keputusan seri 1-1 ketika menentang Belanda di Lansdowne Road di Dublin, semalam.

Skuad kendalian Martin O’Neill itu mendahului pelawat pada babak pertama hasil jaringan ke-16 di peringkat antarabangsa oleh Shane Long dan ia dilihat mampu menjana kemenangan hinggalah pemain gantian Belanda Luuk de Jong menyamakan kedudukan pada lewat permainan.

Ireland hanya tewas sekali sejak November 2014 dan jaringan De Jong hanyalah gol keempat yang membolosi gawang mereka sepanjang lapan aksi di tempat sendiri.

Kemenangan bukanlah sesuatu yang dicari O’Neill tetapi beliau mahu melihat anak buahnya mencipta keserasian sekali gus membolehkannya memilih 23 pemain yang akan di bawa ke Euro.

Belanda yang gagal layak ke Kejohanan Eropah, turun tanpa beberapa nama besar dan hanya berupaya menyenaraikan penjaga gol Jasper Cillessen, Virgil Van Dijk dan Memphis Depay.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 5:14 AM