Baru-baru ini di pameran MWC 2016, Lenovo memperkenalkan peranti baru mereka iaitu VIBE K5 yang boleh diklasifikasikan sebagai peranti kelas permulaan dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dan bateri berkapasiti 2,750mAh.

Antara ciri menarik VIBE K5 adalah dua pembesar suara stereo di bahagian belakang peranti. Pembesar suara ini dilengkapi sistem bunyi Dolby Atmos yang pastinya seronok digunakan ketika menyaksikan filem, drama mahupun mendengar muzik.

Selain dilengkapi dua slot kad sim dengan rangkaian 4G LTE, ia juga menawarkan sokongan sambungan WiFi 802.11 b/g/n 2.4GHz dan 5GHz serta Bluetooth 4.1.

Diperkasa dengan CPU Snapdragon 415 8-teras, bersama 2GB RAM dan 16GB storan, ia masih memiliki kuasa pemproses yang agak baik pada harga hanya RM599.

Kamera belakang VIBE K5 dilengkapi sensor 13MP bersama satu LED Flash, manakala kamera depannya 5MP.

SPESIFIKASI:

Sistem operasi: Android 5.1 Lollipop

Pemprosesan: Snapdragon 415 8-teras

Sistem bunyi: Dolby Atmos

Kamera: 13MP, 5MP (depan, belakang)

RAM: 2GB

Kad sim: Dua slot

Bateri: 2,750mAh

Harga: RM599

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 5:50 AM