MOHD Ali (tengah) bergambar bersama anggota Hayashi Ha selepas mengungguli Kejohanan Karate Senior Kebangsaan 2014.
MOHD Ali (tengah) bergambar bersama anggota Hayashi Ha selepas mengungguli Kejohanan Karate Senior Kebangsaan 2014.
Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Kelab Hayashi Ha mengungguli Kejohanan Karate Senior Kebangsaan ke-34 selepas meraih lima pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa di Stadium Indera Mulia, Ipoh, baru-baru ini.

Pingat emas Hayashi diperoleh melalui A Nisha dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram, G Theban (kumite perseorangan lelaki 84kg ke atas), S Prem Kumar (bawah 55kg), V Teagarajan (bawah 84kg) dan kumite berpasukan lelaki.

Pulau Pinang dengan empat emas, enam perak dan empat gangsa menduduki tempat kedua manakala Selangor, empat emas, satu perak dan tiga gangsa, ketiga.

Sebanyak 23 pasukan menyertai kejohanan tiga hari yang bertujuan mencungkil bakat baru khususnya bagi menghadapi Kejohanan Asia 2018.

Presiden Persatuan Karate Malaysia (MAKAF) Tan Sri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penutup kejohanaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 7:59 AM