TIGA SPRM dilihat memasuki banglo itu. FOTO Ramdzan Masiam
TIGA SPRM dilihat memasuki banglo itu. FOTO Ramdzan Masiam
Mohd Hilmi Mahmud


GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini, hari ini.

Difahamkan, serbuan dilakukan bagi membantu siasatan kontroversi pembelian banglo Guan Eng yang dikaitkan dengan skandal penjualan tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini.

Tiga kenderaan Bahagian Operasi dan Siasatan SPRM dari Putrajaya dilihat memasuki banglo Guan Eng, 3.15 petang tadi.

Selain itu, Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri, Gobind Singh Deo dan peguam, RSN Rayer turut dilihat berada di banglo milik Setiausaha Agung DAP itu.

Terdahulu, Guan Eng dilihat berada di pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, untuk memberi keterangan dan meninggalkan premis terbabit 2.55 petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 4:24 PM