ANAK kapal menjalani latihan keselamatan.
ANAK kapal menjalani latihan keselamatan.
BELAJAR cara memberi servis kepada pelanggan.
BELAJAR cara memberi servis kepada pelanggan.
PERUNDING Kecantikan anak kapal AirAsia Mupinderjeet Kaur membantu Anim mendapat solekan sesuai.
PERUNDING Kecantikan anak kapal AirAsia Mupinderjeet Kaur membantu Anim mendapat solekan sesuai.
TELITI diajar cara berjalan betul.
TELITI diajar cara berjalan betul.
FARHANA berkongsi pengalaman dengan anak kapal.
FARHANA berkongsi pengalaman dengan anak kapal.
ANIM dan Kelvin mengenakan seragam anak kapal.
ANIM dan Kelvin mengenakan seragam anak kapal.
Nurul Husna Mahmud


Tanda nama Anim Ezati, 24, si dara manis yang mengenakan seragam serba merah iaitu warna korporat syarikat tambang murah AirAsia kemas tersemat di kiri dadanya.

Dia ditemani rakannya, Yap Kah Ming atau mesra dengan panggilan Kelvin pula tampak segak memakai sut serba hitam sambil menyeret bagasi di Pusat Latihan Asian Aviation Centre of Excellence di Sepang baru-baru ini.

Tidak lokek memberi senyuman, tutur petah bersama personaliti gemalai menunjukkan kedua-duanya memiliki profesionalisme tinggi secara langsung menggamit rasa selesa meskipun baru kali pertama bersua.

Cinta pertama

Meskipun memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Anim Ezati Rizki Md Khalid berkata, dia sukar melupakan impian bergelar anak kapal.

“Saya pernah bekerja di sebuah syarikat sebagai Eksekutif Sumber Manusia, namun itu tidak membuat saya puas hati. Lalu saya mencari peluang bergelar anak kapal dan mengikuti sesi temu duga dijalankan pihak pengurusan.

“Mulanya ibu bapa keberatan membenarkan saya terbabit dalam kerjaya ini kerana mereka mahu saya ada kehidupan lebih stabil.

“Tetapi setelah dua tahun melihat saya gembira dan banyak manfaat diterima termasuk peluang ahli keluarga mendapat tiket penerbangan, mereka mula faham dan seronok,” katanya.

Mengenai cabaran sepanjang bergelar anak kapal kepada syarikat tambang murah berkenaan, katanya latihan ketat dan sesi penilaian saat mendebarkan.

“Tempoh latihan cukup singkat. Dua bulan kemudian ada peperiksaan. Semua benda kena belajar termasuk prosedur standard keselamatan dalam penerbangan.

“Ramai berfikir kerja kami mudah begitu juga saya melihat kerjaya ini penuh glamor, namun apabila bertapak dalam kerjaya anak kapal atau pramugari, saya rasa ia memerlukan tahap profesional tinggi,” katanya.

Bertutur enam bahasa

Lahir dalam keluarga perkahwinan campur memberi kelebihan kepada Yap Kah Ming atau Kelvin menggapai impian terbang di awan biru.

Katanya, kalau diukur dengan usia menyarung seragam syarikat penerbangan tambang murah itu tidak mudah.

“Kelebihan saya dalam mencapai kerjaya anak kapal AirAsia ialah kemampuan bertutur dalam enam bahasa iaitu China, India, Melayu, Inggeris, Jepun dan Indonesia.

“Peluang saya terbuka dan paling mengujakan ialah penerbangan pertama saya ke Hong Kong. Meskipun berdebar, namun berdepan penumbang serta memberi servis baik itu paling bermakna.

“Saya perlu tingkatkan skil. Sebenarnya setiap tahun kami akan memperbaharui lesen atau sijil perkhidmatan.

“Kami perlu mengikuti kursus kembali dan ujian. Tugas kami bukan saja melayan penumpang sebaliknya ia membabitkan soal keselamatan dalam penerbangan. Ia sesuatu yang serius dan bukan keseronokan semata-mata,” katanya.

Kriteria perlu dipenuhi

Menurut Pengurus Anak Kapal AirAsia, Farhana Ahmad Faisal wujud saringan tertentu dalam memilih anak kapal.

“Minat perkara utama kerana membentuk personaliti serta karakter anak kapal. Bekerja dalam ruang terhad selain perlu melayan pelbagai kerenah penumpang tentu saja mencabar.

“Kalau minat, tentu saja mereka seronok dengan tugas. Mereka perlu menjalani latihan selama dua bulan dan enam bulan pemerhatian.

“Dalam latihan mereka belajar merias diri, cara melayan penumpang selain aspek keselamatan kerana itu paling penting sebelum dibenarkan bertugas dalam penerbangan.

“Pakej menarik serta mampu bertutur dengan baik satu bonus buat bekerja dalam bidang barisan depan seperti anak kapal,” katanya yang berkhidmat sejak 1994 .

Mereka yang berminat boleh mengikuti iklan terkini temuduga anak kapal pada 28 Mei 2016 di LCCT Sepang. Bagi yang berminat boleh melayari laman www.airasia.com untuk maklumat terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 5:03 AM