UTC Sentul dibuka Jumaat ini tetapi beroperasi sehingga 5.30 petang saja sebelum ditutup sepenuhnya pada Sabtu dan Ahad. - Foto Fail
UTC Sentul dibuka Jumaat ini tetapi beroperasi sehingga 5.30 petang saja sebelum ditutup sepenuhnya pada Sabtu dan Ahad. - Foto Fail
BERNAMA

Putrajaya: Kaunter pasport di lima cawangan Jabatan Imgiresen (JIM) akan tutup sementara hujung minggu ini bagi memasang mesin memproses pasport berteknologi baharu - Pilot Pasport Malaysia Antarabangsa Dengan Muka Surat Polikarbonat Bercip.

Menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini, kaunter pasport berkenaan ialah di cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Baharu, Kajang, Seberang Jaya, UTC Sentul dan UTC Ipoh.

UTC Johor Baharu akan beroperasi sehingga 5.30 petang saja esok dan ia tutup sepenuhnya pada Jumaat dan Sabtu ini.

Bagi cawangan Kajang dan Seberang Jaya, ia akan tutup sepenuhnya pada Sabtu dan Ahad ini.

Cawangan UTC Sentul dan UTC Ipoh akan dibuka pada Jumaat ini tetapi beroperasi sehingga 5.30 petang sebelum ditutup sepenuhnya pada Sabtu dan Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 9:24 PM