VIVO V3MAX
VIVO V3MAX
Afiq Hanif


Kini terdapat versi warna merah jambu bagi model V3Max yang dikeluarkan Vivo mampu mengimbas cap jari daripada skrin gelap dalam kadar sepantas 0.5 saat.

Tambahan lagi, bersama sistem pengiktirafan sentuhan ultra-cepat 360 darjah ia boleh mengesan cap jari pengguna dari mana-mana sudut melalui pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakang badan peranti.

Bagi yang gemar menonton filem bersama keluarga daripada telefon pintar, V3Max pilihan paling tepat. Kini, anda boleh menikmati keseronokan menonton filem dan drama tanpa perlu menyambungkan peranti ke pembesar suara kerana V3Max didatangkan dengan teknologi direka khas, Smart Amp.

INFO

VIVO V3MAX

- Harga: RM1,399

- Pemprosesan: Snapdragon 652

- RAM: 4GB

- Bateri: 3000mAh

- Paparan: 5.5 inci HD penuh

- Kamera: 13MP, 8MP (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 11:10 AM