DOOGEE X5 MAX
DOOGEE X5 MAX
DOOGEE X5 MAX PRO
DOOGEE X5 MAX PRO
Afiq Hanif


Dalam usaha untuk memenuhi permintaan pasaran yang berbeza, Doogee telah mengeluarkan versi standard dan varian lain dengan spesifikasi lebih tinggi iaitu Doogee X5 Max Pro.

Untuk pilihan memori, Doogee X5 Max Pro menawarkan 1GB RAM dengan 8GB storan dalaman. Sebaliknya, Doogee X5 Max Pro digandingkan dengan 2GB RAM dan 16GB memori yang terbina di dalamnya.

Pengesan sokongan cap jari 360 darjah mampu menyimpan sehingga lima kesan cap jari.

Satu lagi model diperkenalkan, Doogee X5 Max adalah contoh telefon pintar harga rendah yang mampu menawarkan prestasi menakjubkan.

Walaupun dibuat daripada plastik, Doogee X5 Max didatangkan dengan bingkai besi untuk ketahanan yang lebih baik selain mudah untuk dipegang.

X5 Max yang dikuasakan oleh pemprosesan 64-bit MediaTek MTK6580 Quad-Core ini menawarkan 1GB RAM dengan 8GB storan dalaman serta mendapat sokongan kad SD mikro sehingga 32GB.

INFO

DOOGEE X5 MAX

- Harga: RM299

- Pemprosesan: 64-bit MediaTek MTK6580 Quad-Core

- Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow

- Memori: 8GB

- RAM: 1GB

- Kamera: 8MP, 2MP (depan)

- Saiz paparan: 5.0”

- Berat: 145g

- Bateri: 4,000 mAh

- Kad sim: Dua kad sim

DOOGEE X5 MAX PRO

- Harga: RM459

- Pemprosesan: 64-bit MediaTek MTK6580 Quad-Core

- Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow

- Memori: 16GB

- RAM: 2GB

- Saiz paparan: 5.0”

- Kamera: 8MP, 5MP (depan)

- Bateri: 4,000 mAh

- Kad sim: Dua kad sim

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 11:48 AM