HP Pavilion Gaming
HP Pavilion Gaming
Afiq Hanif


Laptop game biasanya memang tidak murah dan dianggap membeli nilai, tetapi HP berharap untuk mengubah persepsi itu dengan HP Pavilion Gaming yang berharga hanya RM3,499.

Ia dilengkapi pemprosesan Intel Core i7 dan GPU Nvidia peringkat pertengahan untuk menunjukkan prestasi grafik mengejutkan.

Walau bagaimanapun, kelajuan pemindahan agak perlahan, paparan sedikit malap dan jangka hayat bateri agak pendek.

Pada pandangan pertama, HP Pavilion kelihatan seperti Razer Blade dengan ‘cover’ diperbuat daripada plastik matte dengan kemasan licin dan berwarna kelabu gelap yang turut memaparkan logo krom HP.

Apabila saya meletakkan tangan pada cover untuk merasai teksturnya, ia agak sedikit berlainan dan bukan lagi nampak premium.

Terdapat barisan berwarna hijau meliputi laptop ini dan ia kelihatan sesuai untuk kaki game yang hebat.

Pada saiz skrin 15.6 inci dengan panel 1920 x 1080 panel, HP Pavilion Gaming sepatutnya menampilkan grafik yang hebat, namun saya tidak begitu nampak ia memuaskan terutama ketika bermain game yang begitu hebat grafiknya.

Bukanlah mengejutkan apabila saya mendapati laptop ini mampu menghasilkan semula 62 peratus warna gamut sRGB.

Ia sama seperti model Y700 (61 peratus), namun belum betul-betul ‘mainstream’ seperti Alienware 15.

Nasib baik ketepatan warnanya lebih baik daripada penghasilan warna iaitu 0.71 dalam ujian Delta-E yang saya uji.

Biasanya angka 0 lebih baik namun laptop lain berada dalam anggaran tujuh peratus.

Walaupun Pavilion 15 mempunyai pembesar suara Bang & Olufsen, audio tidak memperdengarkan bunyi yang mantap.

Ada kemungkinan ia disebabkan rekaan keseluruhan laptop ini, jadi lebih baik menggunakan fon telinga berbanding pembesar suara.

Gaya HP Pavilion Gaming terpancar pada papan kekunci ‘backlit’ yang berwarna hijau. Butangnya agak keras tetapi cukuplah untuk bermain game ataupun menaip.

Menekan butang secara berterusan dan lasak tidak mendatangkan masalah terutama ketika game yang ‘hardcore’.

Kipas CoolSense pada laptop ini juga dapat mengesan apabila notebook berada di atas permukaan yang rata atau sebaliknya dan menyesuaikan kelajuan kipas sewajarnya.

Kamera web laptop ini tidak begitu elok dan HP perlu memikirkan semula lensa baru dan menjadikannya tidak terlalu kabur.

Pavilion Gaming mempunyai cukup port untuk menampung monitor dan beberapa perkakasan permainan lain.

Di sebelah kanan, anda akan mendapati port USB 3.0, HDMI, fon kepala dan kunci Kensington manakala di sebelah kiri terdapat pemacu DVD, port USB 3.0, USB 2.0, Ethernet dan butang kuasa.

Laptop ini mempunyai GPU Nvidia GeForce GTX 950M dengan 4GB VRAM.

Walaupun ia nampak seperti biasa tetapi mampu menyediakan kadar bingkai atau frame yang baik dengan syarat tetapan itu tidak terlalu membebankan.

Selain menjadi laptop game peringkat pertengahan, ia masih boleh memberikan produktiviti yang berkemampuan dengan pemprosesan quad core 2.6GHz dalam pemprosesan Intel Core i7-6700HQ dan RAM 8GB.

INFO

- PRODUK: HP Pavilion Gaming

- HARGA: Bermula RM3,499

- PENGELUAR: HP

- CIRI: Laptop game

- PRO: Harga patut untuk laptop game

- KONTRA: Bateri cepat habis

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 11:02 AM