Mat Zani (dua dari kiri) menunjukkan antara telefon bimbit hasil samun yang dirampas. FOTO Nadzreen Shah Mat Salim
Mat Zani (dua dari kiri) menunjukkan antara telefon bimbit hasil samun yang dirampas. FOTO Nadzreen Shah Mat Salim
Nadzreen Shah Mat Salim

Kuala Lumpur: Dua remaja yang aktif menyamun di kawasan LRT Damai, Jalan Datuk Keramat, sejak awal tahun ini ditahan polis Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Mat Zani Che Ali berkata, dua suspek berusia 14 dan 17 tahun terbabit ditahan hasil risikan dan maklumat orang awam.

"Tangkapan pertama dilakukan pada 4.30 petang di sebuah rumah di Jalan Jelatik, manakala seorang lagi suspek ditahan setengah jam kemudian di sebuah kedai runcit lokasi sama.

"Penahanan itu seterusnya membawa polis ke dua kedai telefon dipercayai lokasi suspek menjual telefon curi sebelum merampas 34 telefon pintar pelbagai jenama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wang Maju, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiga pekerja kedai telefon turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 1:31 PM