Gunung Sinabung sehingga kelmarin terus memuntahkan lahar dan debu.

Gunung di Sumatra setinggi 2,460 meter itu tidak aktif selama 400 tahun sebelum meletup pada Ogos 2010, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 30,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Letupan pada Februari lalu pula meragut 16 nyawa.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, lahar dan dan debu yang mengalir kini sudah sejauh empat setengah kilometer di lerengnya dan mengancam penduduk sekitar. Debu yang dimuntahkan pula mencecah ketinggian tiga kilometer.

Siri letupan terbaru itu bermula 5 Oktober lalu, memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing.

Sinabung kini adalah antara 130 gunung berapi aktif di Indonesia.

Indonesia sering menjadi mangsa bencana seismik kerana terletak di Lingkaran Api Pasifik, arca gunung berapi dan jalur patahan yang mengelilingi Lembangan Pasifik.

Walaupun sukar untuk meramalkan bila letupan berlaku, pihak berkuasa Indonesia berdepan dengan masalah untuk menjauhkan petani dari lereng gunung berapi memandangkan ia antara kawasan paling subur.

Pada 2010, 324 orang terbunuh dalam masa dua bulan apabila gunung berapi Indonesia paling aktif, Gunung Merapi, meletup.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:01 AM