PEMANDANGAN di kampung Sukanalu di kaki Gunung Sinabung yang kini tidak berpenghuni.
PEMANDANGAN di kampung Sukanalu di kaki Gunung Sinabung yang kini tidak berpenghuni.
PEMAIN kaset lama dilitupi debu gunung berapi kekal di tempat ia ditinggalkan.
PEMAIN kaset lama dilitupi debu gunung berapi kekal di tempat ia ditinggalkan.
TANAMAN kopi yang dulunya menjadi tulang belakang ekonomi penduduk  tempatan.
TANAMAN kopi yang dulunya menjadi tulang belakang ekonomi penduduk tempatan.
LAHAR panas mengalir dari kawah Sinabung selepas gunung berapi itu aktif semula pada 2010.
LAHAR panas mengalir dari kawah Sinabung selepas gunung berapi itu aktif semula pada 2010.

Rumah yang hampir runtuh, kenderaan ditumbuhi tanaman dan kelengkapan dapur dilitupi debu tebal ini yang dapat dilihat di beberapa kampung yang ditinggalkan apabila Gunung Sinabung meletus lima tahun lalu.

Gunung berapi di daerah Karo, Sumatera Utara, Indonesia itu mula memuntahkan debu dan lahar apabila ia aktif semula pada 2010, 400 tahun selepas ia ‘tidur.’

Gambar ini memberi peringatan menakutkan mengenai kekuatan gunung itu.

Sepanjang lima tahun lalu, Sinabung yang setinggi 2,460 meter itu berulang kali meletus. Dalam kejadian tahun lalu, 17 orang terbunuh.

Debu yang dimuntahkannya dalam letusan pada 2013 ‘menimbus’ kampung Berkerah. Pada 2014 pula, kampung Suka Meriah menjadi mangsa.

Penduduk di enam kampung lain juga terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Secara keseluruhan, lebih 30,000 penduduk terpaksa berpindah selepas kawasan sekitar tujuh kilometer dari gunung itu diisytiharkan terlalu berbahaya untuk dihuni.

Sehingga hari ini, 6,200 orang masih tinggal di tempat perlindungan sementara yang disediakan kerajaan tempatan atau menumpang di rumah saudara-mara sementara menunggu untuk dipindahkan ke rumah baru.

Gunung Sinabung adalah antara lebih 120 gunung berapi aktif di Indonesia, yang terdedah kepada pergolakan seismik kerana terletak di atas Lingkaran Api Pasifik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 1:19 PM