Mohd Zaili  menziarahi Rozli yang menghidap barah dan ketumbuhan.
Mohd Zaili menziarahi Rozli yang menghidap barah dan ketumbuhan.
Oleh Khairulmizan Yahya


Kuantan: Ketika si suami menanggung derita akibat ketumbuhan otak dan barah paru-paru tahap empat, si isteri terpaksa memikul tanggungjawab menyara lapan anak berusia tiga hingga 18 tahun termasuk lima yang masih bersekolah.

Itu penderitaan ditanggung keluarga Rozli Isham Nordin, 43, dan Siti Khatijah Abdul Manaf, 41, dari Perumahan Awam Kos Rendah, Panching di sini, sejak lebih setahun lalu.

Rozli yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah di sini, berhenti kerja akibat penyakit dialami menyebabkan isterinya mengambil alih tanggungjawab ketua keluarga.

Bagaimanapun, dengan pendapatan RM1,200 sebulan, Siti Khatijah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Panching di sini, sering dihimpit masalah kewangan bagi menyara anak selain menanggung kos rawatan suami.

Lebih menyedihkan apabila Rozli terpaksa menangguhkan pembedahan pada 25 Oktober lalu berikutan tidak mampu membayar kos RM25,000.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 6:01 AM