WANITA bebas memilih gaya rambut di Dove Salon.
WANITA bebas memilih gaya rambut di Dove Salon.

Wanita suka menggayakan rambut mereka sama ada dengan menggunakan pelurus rambut, penggulung, pengering, pewarna atau pengerinting rambut.

Namun, pada masa sama mereka juga sering bimbang mengenai kerosakan pada rambut.

Bagaimanapun, melalui evolusi teknologi Dove yang terkini, ia menggalakkan wanita untuk berulang kali menggayakan rambut mereka kerana formulasi terbarunya berupaya menangani sebarang kerosakan.

Memenuhi keperluan itu, rangkaian produk penjagaan rambut Dove dinaik taraf kepada Dove Nutritive Solutions bagi menawarkan kaedah penjagaan rambut terbaik kepada wanita de­ngan formulasi yang dipertingkat untuk memperbaiki rambut rosak segera dan menyuburkannya secara progresif.

Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Vincent Chong berkata, syarikat itu komited untuk mencipta rumusan penjagaan rambut yang mampu meresap hingga ke bahagian akar.

Rumusan itu berupaya memperbaiki segera kerosakan di samping memberikan penjagaan berterusan untuk hasil yang kekal lama.

“Keratin Repair Actives yang dipatenkan boleh didapati dalam rangkaian produk kami yang terkenal, Intense Repair, kini diperluaskan kepada produk penjagaan Hair Fall Rescue dan Nourishing Oil Care bagi memberi kesuburan secara berterusan dan menguatkan rambut dari dalam.

“Selain itu, rumusan ini mengandungi teknologi Microsheet untuk memberi kelembutan segera dan memulihkan permukaan rambut, menjadikan rambut lebih terurus, lembut dan kelihatan sihat pada cucian pertama.

“Kerosakan pada rambut boleh berlaku akibat panas, bahan kimia, cuaca yang kurang baik dan geseran, dapat diatasi dengan formulasi yang dipertingkatkan ini,” katanya.

Sempena Kempen PLAY. DOVE. REPEAT., Dove turut melancarkan Dove Salon yang memberikan kebebasan kepada wanita untuk meneroka dan mencuba gaya rambut yang berbeza.

Bertempat di Monsoon-id, Tropicana City Mall, Dove Salon menjadi platform untuk wanita mencuba dan mengalami sendiri kehebatan rangkaian produk Dove Nutritive Solutions.

Pengguna boleh memilih dan mencuba pelbagai gaya rambut terkini di www.dovehair.com.my dan datang ke Dove Salon untuk membuat tatarias mengikut gaya rambut pilihan dengan pembelian produk Dove bernilai RM45 di salun berkenaan.

Pengguna juga berpeluang memilih sama ada mahu mewarnakan, mengerinting atau meluruskan rambut mereka di Dove Salon yang dibuka bermula 29 April 2016 hingga 29 Mei 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 5:00 AM