Anggota penguat kuasa KDN memeriksa pengenalan diri seorang pengawal keselamatan warga asing yang ditahan. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Anggota penguat kuasa KDN memeriksa pengenalan diri seorang pengawal keselamatan warga asing yang ditahan. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi Sidek

Petaling Jaya: Sembilan pengawal keselamatan warga asing ditahan Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen di beberapa taman perumahan di SS21, Damansara Utama, di sini, pagi tadi.

Mereka yang berusia 20 hingga 44 tahun itu ditahan di lima pondok pengawal dalam operasi yang bermula 10.30 pagi.

Pegawai Penguat kuasa Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN Zaini Mat Zin berkata, seramai 12 anggota dan pegawai dari KDN dan Jabatan Imigresen menyertai operasi ini.

"Selepas pemeriksaan di lima pondok pengawal, kami menahan sembilan pengawal keselamatan warga Nepal(2), India (6) dan Pakistan(1).

"Mereka didapati tidak mempunyai permit kerja yang sah dan tiada pasport. Semua yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 1:33 PM