AHMAD Puzi (kiri) menerima sijil pemasyuran yang disampaikan oleh Sabri (kanan). FOTO Bernama
AHMAD Puzi (kiri) menerima sijil pemasyuran yang disampaikan oleh Sabri (kanan). FOTO Bernama
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar dimasyhurkan sebagai ahli ketujuh ‘Hall of Fame’, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di sini, hari ini.

Pengisytiharan itu disempurnakan Komandan MPAT, Datuk Sabri Zali yang turut menyerahkan cenderamata sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan kepada Ahmad Puzi.

Ahmad Puzi, 60, berkata pemasyhuran itu adalah satu pengiktirafan pada dirinya dan juga APMM.

"Saya berterima kasih kepada MPAT yang telah melatih saya dan beberapa lagi pemimpin ketenteraan di dalam negara ini. Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk diri saya malah buat APMM," katanya.

Hall of Fame adalah pengiktirafan yang diberikan kepada Alumni MPAT yang masih berkhidmat dan menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing sama ada di dalam atau luar negara.

Sebelum ini, pengiktirafan sama turut diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zain sebagai penerima pertama diikuti bekas Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 1:24 PM