Affendi Buang menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) kepada Zamrose  di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Putrajaya hari ini.
Affendi Buang menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) kepada Zamrose di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Putrajaya hari ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


Putrajaya: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Putrajaya hari ini.

Penganugerahan sebagai ahli Hall of Fame Ke-15 kepada Panglima Tentera Darat itu turut disaksikan bersama oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd RezavMohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Hall of Fame MTAT yang ditubuhkan pada tahun 2004 adalah platform untuk memberi pengiktirafan yang berprestij kepada pegawai terbilang yang mencapai merit jawatan tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing atau yang pernah memegang jawatan yang setara dengan pangkat atau tanggungjawab dalam organisasi lain.

Zamrose berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia selama lebih daripada 41 tahun.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 pada 11 Jun 2020 atas kepimpinan, perkhidmatan dan dedikasinya yang luar biasa.

Beliau juga alumni MTAT dan lulus dengan kohort tahun 1996.

Majlis pemasyhuran berkenaan dihoskan oleh Komandan MTAT, Brigedier Jeneral Datuk Semaon Marjuki, dan turut disaksikan oleh Ahli Lembaga Maktab (Board of Governors), pegawai-pegawai kanan dan peserta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 51/2022.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2022 @ 9:00 PM