LIMA lelaki yang ditahan reman selama. FOTO Syamsi Suhaimi
LIMA lelaki yang ditahan reman selama. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Lima lelaki yang ditahan berhubung kes tembak di Kampung Padang Demit, Kubang Kerian ditahan reman selama empat dan enam hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, dua beranak iaitu bapa dan anak yang masing-masing berusia 64 dan 17 tahun direman enam hari bermula sehingga Selasa ini.

Katanya, tiga lagi individu yang berusia 19, 32 dan 47 direman selama empat hari sehingga Ahad ini.

"Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Harian Metro melaporkan hari ini, sekeluarga di Kampung Padang Demit, Kubang Kerian tidak menyangka bunyi letupan yang disangka mercun rupa-rupanya tembakan yang dilepaskan secara rambang.

Kejadian 2.30 pagi semalam menyebabkan bahagian luar sebuah kediaman dan kereta mempunyai kesan akibat empat das tembakan yang dilepaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 6:08 PM