Nabihah Kamal

Serdang: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini menjadi petunjuk kepada polis untuk memburu dua lelaki yang mencuri motosikal dalam masa kira-kira satu minit di kawasan Perindustrian Kinrara, semalam.

Dalam kejadian 11 pagi itu, rakaman CCTV perbuatan dua lelaki mencuri motosikal milik pekerja kedai serbaneka itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, mangsa meletakkan motosikalnya jenis Yamaha LC pada 9 pagi.

“Mangsa yang berusia 21 tahun, menyedari motosikalnya hilang pada 11 sebelum membuat laporan polis.

"Polis kini memburu dua suspek itu berdasarkan rakaman CCTV di premis berhampiran," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2017 @ 6:09 PM
Petikan rakaman CTTV dua lelaki mencuri motosikal di  kawasan Perindustrian Kinrara.
Petikan rakaman CTTV dua lelaki mencuri motosikal di kawasan Perindustrian Kinrara.