KESAN tompokan minyak hitam di pantai. FOTO Shahrinnahar Latip
KESAN tompokan minyak hitam di pantai. FOTO Shahrinnahar Latip
KESAN tompokan minyak hitam di pantai. FOTO Shahrinnahar Latip
KESAN tompokan minyak hitam di pantai. FOTO Shahrinnahar Latip
Shahrinnahar Latip


Kuantan: Pantai sepanjang kira-kira 10 kilometer dari Kampung Pelindung hingga Kampung Sungai Karang, di sini, dicemari kesan ketulan minyak berwarna hitam yang dikesan penduduk pagi tadi.

Ketua Kampung Pantai, Aziz Mohamad berkata, kesan tompokan minyak itu mula dikesan di kawasan perairan berdekatan oleh nelayan semalam sebelum dihanyutkan air pasang ke pantai pagi tadi.

Katanya, kejadian itu sekali gus mencemarkan sepanjang pantai berkenaan dan mengganggu aktiviti nelayan di sekitar kawasan.

"Penduduk sudah melaporkan kejadian ini kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) namun belum ada apa-apa tindakan.

"Kita harap kesan tompokan ini dapat dibersihkan segera oleh pihak berwajib demi kesejahteraan penduduk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 5:55 PM