Lelaki dipercayai anggota komando yang ditemui hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, dengan  tangan kanan bergari pada kaki kiri serta cedera teruk di muka. - Foto Ihsan Pembaca
Lelaki dipercayai anggota komando yang ditemui hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta cedera teruk di muka. - Foto Ihsan Pembaca
Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang lelaki dipercayai anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Lelaki itu ditemui dalam sungai terbabit dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.

Difahamkan mangsa bernasib baik kerana ditemui penduduk kampung sebelum lemas dalam sungai dan berjaya diselamatkan sebelum menghubungi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu.

"Bagaimanapun sehingga jam 6 petang ini, belum ada sesiapa membuat laporan dan jika ada laporan dibuat, polis akan membuka kertas siasatan," katanya yang menasihatkan pihak yang terbabit supaya membuat laporan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 6:46 PM